Recent Posts
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 27

0 comments

Lima pekara jerK...


1: Wajah yang cantik – solat subuh
2: Duit yang banyak – solat zohor
3: Kesihatan yang baik – solat asar
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286

Renung2kan selamat beramal....
( Labels: ) Read more

Ahad, Februari 28

0 comments

Ayat yang perlu di amalkan dalam kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim
  • Di setiap kali hendak melakukan sesuatu

Alhamdulilah
  • Setiap kali habis melakukan sesuatu

Astaghfirullah
  • Jika tersilap melakukan sesuatu yang buruk

InsyAllah
  • Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

Lahaulawalaquawwatailbillah
  • Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat/melihat sesuatu yang buruk

Innalillah
  • Jika mendapat musibah/melihat kematian

Laailaahaillallah
  • Bacalah sepanjang siang dan malam,sebanyak-banyaknya.
Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini ,nescaya akan dimuliakan Allah dan Malaikat dan di ampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.."
Amalkan lah selalu semoga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah S.W.T


( Labels: ) Read more

Ahad, Disember 27

0 comments

Memahami nafsu manusia



1. Nafsu Ammarah
Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, "Saya anak jantan." Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.

2. Nafsu Lawwamah
Nafsu yang mencerca dirinya sendiri. Sentiasa kesal dengan diri sendiri. Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. Bila melakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Contohnya, ketika lalu di kebun orang, ternampak limau, rambutan dan sebagainya, walaupun sudah berazam tidak akan mencuri, tetapi ambil dan mencuri lagi. Orang nafsu di peringkat ini sudah mula sedar tetapi tidak larat hendak melawan hawa nafsunya.

3. Nafsu Mulhamah
nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah. Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya. Apabila seseorang itu bersungguh-sungguh melawan nafsunya, atas belas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin. Oleh kerana baru dididik, ibarat orang berjalan hendak menyeberang dan melintas jalan yang di tengah-tengah ada benteng, dia sudah berada di atas benteng. Ertinya dia sudah di atas sempadan.

4. Nafsu Mutmainnah
Istilah mutmainnah bermaksud tenang, tidak digugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidak digugat oleh sihat atau sakit, orang hina atau orang puji. Semuanya sama sahaja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa sedap dan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. Sebab hatinya sudah tenang, perkara positif atau negatif tidak menggugatnya.

5. Nafsu Radhiah

Orang yang berada di peringkat nafsu radhiah ini, dia meredhai apa sahaja yang Allah takdirkan kepadanya. Ia terhibur dengan ujian. Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan. Bila orang menghinanya, dia berterima kasih kepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itu mereka yang berada di peringkat ini, bila kena pukul, mereka rasa puas. Bila ditampar, seolah-olah minta ditampar lagi.

6. Nafsu Mardhiah

Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi:

"Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan."

Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.

7. Nafsu Kamilah 

Orang yang sempurna atau hampir sempurna keimanannya. Bagi nafsu kamilah, manusia biasa tidak boleh sampai ke tahap macam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya setakat peringkat keenam sahaja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.

Hari ini nafsu sudah tidak diperangi dan tidak dianggap musuh yang wajib diperangi. Sebab itu, tanyalah sesiapa sekalipun, tidak ada seorang pun yang memasukkan pendidikan nafsu dalam sukatan pelajaran. Ayat Al Quran dan Hadis yang dibaca dan dipelajari di sekolah pun tidak ada ayat-ayat yang berkaitan dengan nafsu dan kejahatannya.

Usaha memerangi nafsu tidak diaplikasikan dalam tindakan. Bila sebut musuh, yang mula-mula nampak ialah Yahudi dan Amerika sahaja. Sedangkan Yahudi dan Amerika itu hanya mainan nafsu sahaja. jadi, sebagai seorang manusia fikir-fikir dan renungkanlah dimanakah tahap nafsu kita sekarang. usaha mendidik nafsu ini perlu diteruskan supaya kita sebagai manusia ini akan terus menjadi manusia yang sebenarnya.
( Labels: ) Read more
0 comments

Sebelum kita tidur




Rasulullah saw berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah, jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Quran
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

"Bertanya Aisyah ra:
"Ya Rasulullah saw.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
- Surah Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.
Bismillaahirrohmaanirrohiim...
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

-Bacalah sholawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat padamu di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

-Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

-Perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah "haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim... Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaahaillalloohu alloohu akbar(3 x )

Untuk ingatan kita bersama... mari amalkan...
Insya Allah... tolong sebarkan kepada saudara muslimin dan muslimat yang
lain...
Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...
Wallahu wa'lam...
( Labels: ) Read more

Isnin, Disember 21

0 comments

Tangani Panas Baran Cara Islam



Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:



  1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
  2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
  3. Minum air.
  4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
  5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  7. Berfikiran positif.
  8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


Wallahu wa'lam...
( Labels: ) Read more

Ahad, Disember 13

0 comments

7 Pahala diterima selepas mati



Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.


  1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di   dalamnya.
  2.  Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
  3.  Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
  4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. - yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.



Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah 

  amalnya melainkan tiga macam" :

  1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
( Labels: ) Read more

Ahad, November 15

0 comments

Waktu-waktu Doa Mustajab



# Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
# Selepas solat fardu
# Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
# Ketika dalam peperangan atau darurat
# Ketika sujud
# Ketika dizalimi orang
# Ketika musafir
# Bapa mendoakan kebaikan anak
# Ketika wukuf di Padang Arafah
# Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari
# Selepas solat Asar
# Ketika mahu berbuka puasa
# Ketika sakit
# Doa pada malam Lailatulqadar
# Doa pada malam Jumaat
# Doa dalam Masjidil Haram
# Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)
# Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis
# Apabila khatam membaca al-Quran
# Doa raja yang adil
# Doa anak yang taat kepada ibu bapa
# Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
# Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram
# Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram
# Berdoa di Hijr Ismail
# Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah
( Labels: ) Read more
0 comments

qiamat dan islam dimanakah kita




nanti bca skiranya anda mngaggap diri anda beragama islam!
wahai
manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah. adakah kamu
berani untuk melawan DAJJAL.iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu
jangan memikirkan kamu kuat.surat-surat berantai,mesej palsu,mesej
nasib adalah semua tidak bagus.mempercayai nasib adalah fasik.hendaklah
kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang.

dajjal
akan keluar apabila MasjidilAqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari.
kemungkinan pada 21/12/2012. ramai orang fikir itu tarikh kiamat.
TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun!!
dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar
akanberkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut... dajjal tidak
boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah.

ya'juj dan makjuj
tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja
zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat
daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar
lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin
Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya
bermakna pintu taubat masih terbuka.

kekurangan gempa bumi dan
gunug berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana
terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam
akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut
nama ALLAH.

sebarkan kepada orang lain terutamanya umat islam.
sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW
adalah jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu.sebarkan lah
wallahualam
( Labels: ) Read more

Khamis, November 5

4 comments

Penghinaan keatas islam



lagi satu video yang kurang ajar menghina islam, sebagai seorg islam e-jump betol-betol sakit hati dan menyirap darah tengok. Bukan ke setiap agama mempunyai prinsip dimana tidak boleh mengkeji atau mengherdik agama lain. Klu dah kafir lahanat....menjadi kayu api neraka..e-jump betol-betol marah...menghina ibadat yg islam buat. mengajuk islam sembahyang, kemudian sebut-sebut kalimah "Allahuakbar"...korang tengok dan nilaikan..
( Labels: ) Read more

Isnin, November 2

0 comments

Jangan baca Al-Quran Flash

MINTAK PERHATIAN YANG SERIUS

http://www.quranfla sh.com/en/ quranflash. html
URL tersebut yang merujuk kepada al-quran flash.

Namun bila membaca nya dari mashaf tersebut, di dapati banyak kesalahan/ unmatch baris, tanda bacaan (fathah, kasrah dan dhommah) and even perbezaan huruf. Konteks comment saya ini adalah apabila dibanding kan dgn quran resam Uthmani.

Misalnya

1. Sepatutnya huruf YA, menjadi huruf TA. Dan bukan 1 atau 2, malahan ada
3-4 kes sedemikian

2. Tanda baris yang sepatutnya tidak ada sabdu, diletakkan sabdu.

3. Hamzah wasal yang sepatutnya hanya ditulis dgn kepala sad, menjadi hamzah qat'ie. Ini membuat kan si pembaca akan menambah kan huruf alif ke dalam bacaan mereka yang sepatutnya hanya wujud ketika bacaan waqaf.

Dan banyak lagi jikalau nak disenaraikan disini ... yang mana kesalahan itu diperolehi hanya setelah saya membaca 3 muka surat sahaja dari awal juz 10.

Jadi, saya disini ... berharap super admin,admin or mod menarik semula URL yang telah di forward kan di website ini tempoh hari dan menasihati sahabat2 semua membaca terus dari mashaf yang telah diperakui sahaja (hardcopy). Agak menggerun kan jugak mengenangkan para pembaca diluar sana yang hanya bergantung kepada content dari internet, termasuk lah al-quran ini. Saya bukan ahli kepada qiraat (jenis bacaan yang pelbagai), namun ... ia nya (beberapa helaian yang saya baca) sah tidak menyamai dengan quran resam uthmani.
( Labels: ) Read more

Rabu, Oktober 7

0 comments

Pintu Kaabah Dalam Game Syaitan?

Pernah tak korang main game yang berjudul "Devil May Cry 3"?? Kalau korang dah main atau tengah main, amik sedikit info tentang game nih. Game DMC3 ini telah dicipta oleh Capcom dan diterbitkan sendiri oleh Capcom pada tahun 2005. Game yang berunsurkan syaitan ini banyak menyifatkan ciri - ciri keagamaan.

Dalam game nih ada pulak pintu Kaabah yang digunakan sebagai pintu yang membawa kepada dunia syaitan. Capcom ini dah melebih dah, diorang ingat diorang tuh sape ye?? Kuang Hajo betul la. Adakah ini semua satu kebetulan?? Atau memang disengajakan??

Kepada semua umat Islam yang diluar sana termasuklah Macho sekali, sebarkanlah berita ini kepada gamer - gamer yang kemaruk ngan game nih, toksah la main lagi ek...


ni plak video dia....






( Labels: ) Read more

Jumaat, September 18

0 comments

10 mayat x busuk

hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam
tubuh asal di waktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat
jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman
( Labels: ) Read more
0 comments

9 Jenis Anak Syaitan

9 Jenis Anak Syaitan Sebarkan pada rakan2 anda sebagai peringatan
kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup
harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka.
Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli
barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka
buruk terhadap
Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan
rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada ditempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm &
kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-
kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk
ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan
rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas,
memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak
didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..

10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.
Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....
Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an
pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk
waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv.....kapala keluar
tanduk, taksedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari
dan masak lemak.Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik
arr kolesterol pastu dpt penyakit kronik seperti darah tinggi
dan sakit jantung...hmmm
( Labels: ) Read more
0 comments

Ambil perhatian:Lagu menyesatkan umat islam

DIGI ADVERTISEMENT-YELLOW MEN REMEMBER THE SONG .........
Will Follow Him English lyrics by Norman Gimbel and Arthur Itman
Original lyrics by Jacques Plante
Music by J.W. Stole and Del Roma

I will follow Him
Follow Him whereever He may go
And near Him I always will be
For nothing can keep me away
He is my Destiny

I will follow Him
Ever since He touched my heart I knew
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep
Keep me away
Away from His love

I love Him, I love Him, I love Him
And where He goes I'll follow, I'll follow, I'll follow
I will follow Him
Follow Him whereever He may go
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep
Keep me away

(I love Him) Oh yes I love Him
(I'll follow) I'm gonna follow
True love, He'll always be my true love
(Forever) From now until forever
I love Him, I love Him, I love Him
And where He goes I'll follow, I'll follow, I'll follow
He'll always be my true love, my true love, my true love
From now until forever, forever, forever
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep
Keep us away
Away from His love


ASSALAMUALAIKUM...

Adakah anda di luar sana peka, bahawa salah satu iklan yg rasa2 lucu kat dlm TV skarang (org pakai sut kuning mcm bodoh) menggunakan lagu GEREJA dalam iklan tersebut.... selalunya gereja di kawasan kulit hitam atau pendalaman negara dia orang.

Iklan tersebut telah mempengaruhi masyarakat kita dengan menyanyikan lagu tersebut secara tidak sedar kerana cuba mengikut rentak lagu GEREJA tersebut... dipetik " KU KAN MENGIKUT MU, KEMANA SAJA KAU PERGI" or dlm bahasa INGGERIS, "I'm gonna follow him". "HIM" merujuk kepada ISA @ JESUS...

Hal ini sedikit sebanyak telah memesongkan akidah umat ISlam secara halus melalui pengaruh Iklan dan lagu tersebut..

Ramai yang tidak sedar akan hal ini dan mengatakan iklan tersebut best atau pun lucu... tapi sebenarnya itulah strategi org kafir utk menghancurkan agama ISLAM...
semoga kita sedar dan dpt menghindari hal ini secara lebih tegas!!!

SALAM... .
Make sure our children do not sing this song......surprise right!!!;Firman Allah: "Sekali-Kali Tidak Akan Redha Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani Itu Sehingga Engkau Mengikut Cara Hidup Mereka." (Surah Al Baqarah : Ayat 120)
( Labels: ) Read more

Selasa, Ogos 11

0 comments

selipar dgn nama Allah dan Muhammad di tesco....nilaikan lah....





Selipar ni jumpa sekali lagi(kali ke2)
kat TESCO KAMPAR PERAK semalam. Ianya ada tulisan 'ALLAH'
sebelah kiri dan 'MUHAMMAD' sebelah kanan. Bulan 4 lepas aku
jumpa 1st time and buat report pada customer service minta tarik
balik jualan selipar tu kejap tu juga. tarik balik penjualan selipar tu...

Then semlm terjumpa lagi sekali then buat report suruh tarik balik...
Kali ni ambil gmbr sebagai bukti dan percaya akan ada lagi kejadian
ni akan datang...

Jadi minta pada korang semua, tolong siasat benda ni kat TESCO
tempat korang. Rasa dah ada org Islam yg terbeli selipar ni.

Utk info, hanya yg bercorak ni jer ada tulisan "ALLAH & MUHAMMAD" tu.

Astaghfirullah Halazim....

sumber
http://isuhangat.blogspot.com/2009/08/selipar-menghina-islam-di-tesco.html
sumber
http://www.syok.org
( Labels: ) Read more

Rabu, Julai 29

0 comments

fikirkanlah......

( Labels: ) Read more

Selasa, Julai 28

0 comments

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
( Labels: ) Read more
Best viewed on firefox 5+

Blogger templates

I am a dragon, You're a tiger. Since ancient times, the dragon has been the beast to equel the tiger even if you're not by my side right now, I will leap though space and time and always be by your side. These feeling will never change........ Diriku adalah naga, Dirimu adalah harimau. Sejak zaman purba, naga dianggap menyamai dengan harimau walaupun dirimu tidak berada di sisi diriku sekarang, diriku akan terus lonjakkan perasaan ini supaya ruang dan masa dan sentiasa berada di sisi mu dan perasaan ini tidak akan penah berubah.

Popular posts

Copyright © Design by Dadang Herdiana