Recent Posts

Jumaat, September 18

0 comments

Wanita sukar simpan rahsia

LONDON: Kaji selidik mendapati wanita hanya mampu menyimpan rahsia tidak lebih daripada 47 jam.
Penyelidik mendakwa wanita terlalu teruja untuk berkongsi gosip sebaik sahaja mendengarnya.
Mereka akan berkongsi dengan sekurang-kurang seorang dalam tempoh purata 47 jam 15 minit.
Kaji selidik terhadap 3,000 wanita berusia 18 hingga 65 tahun itu turut mendapati empat daripada 10 mengaku tidak mampu menyimpan rahsia walaupun ia terlalu peribadi atau sulit.
Lebih separuh mengaku arak menyebabkan mereka mendedahkan rahsia, majoritinya kepada teman lelaki, suami, teman baik atau ibu mereka.

Pengarah Wines of Chile, Michael Cox berkata: “Kini sahlah wanita tak mampu untuk menyimpan rahsia.
“Tujuan kaji selidik ini adalah untuk mengetahui sejauh mana rahsia mampu disimpan tapi kami tak jangka ia sebenarnya didedahkan dengan begitu pantas oleh orang yang kita percayai.
“Hakikatnya, sebarang rahsia akan diketahui orang lain dalam tempoh 48 jam.
“Dalam erti kata lain, setiap individu yang menceritakan rahsia mereka kepada orang lain perlu bimbang kerana kini mereka tidak tahu siapa yang mengetahuinya.

“Meskipun rahsia itu mungkin dimaklumkan kepada orang yang tidak dikenali, hakikatnya ia kini bukan lagi satu rahsia.”
Kaji selidik turut mendapati purata wanita mendengar tiga rahsia setiap minggu dan mereka akan menceritakannya kepada sekurang-kurangnya seorang rakan.
Tiga daripada 10 akan berasa teruja untuk mendedahkan rahsia itu manakala separuh mendakwa mereka tidak sanggup menanggung beban menyimpan rahsia itu sendirian.

Bagaimanapun, dua pertiga daripada responden mengaku berasa bersalah selepas menceritakannya.
Pada masa sama, sepertiga daripada responden mengaku mampu menyimpan rahsia dan 83 peratus lagi menganggap diri mereka boleh dipercayai sepenuhnya.
Namun, 40 peratus responsen menganggap tidak salah jika berkongsi rahsia dengan orang yang tidak mengenali pemiliknya dengan suami mereka sebagai pendengar utama rahsia itu.

0 comments:

Best viewed on firefox 5+

Blogger templates

I am a dragon, You're a tiger. Since ancient times, the dragon has been the beast to equel the tiger even if you're not by my side right now, I will leap though space and time and always be by your side. These feeling will never change........ Diriku adalah naga, Dirimu adalah harimau. Sejak zaman purba, naga dianggap menyamai dengan harimau walaupun dirimu tidak berada di sisi diriku sekarang, diriku akan terus lonjakkan perasaan ini supaya ruang dan masa dan sentiasa berada di sisi mu dan perasaan ini tidak akan penah berubah.

Popular posts

Copyright © Design by Dadang Herdiana